BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 12, 2011

bila LELAKI dh start jiwang haha .


1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa .
2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual .
3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu .
4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga .
5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya .
6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain .
7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya , lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif .
8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya .
9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja .
10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya .
11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama .
12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri .
13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya .
14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting .
15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu .
16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain .
17. Apabila putus cinta , lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain . Pada masa yang sama , dia mengharapkan kekasihnya kembali .
18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa .
9. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya .
20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seorang perempuan .

0 comments: