BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 18, 2011

untuk sukesuke JEA !


Mesti yg kaum lelaki geng2 aku nie pernah tertanya-tanya agaknye bagaimana reaksi awekk dorang ketika bercinta , nie aku kasi info skit haha .

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih , tetapi dia tidak menitiskan airmata , itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf .


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan) .



4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain .

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya , dia akan cair seperti coklat ! !


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian .


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati , tolak cintanya dengan lembut ,
jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan , dia akan lakukan apa saja .


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika . Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan , cubalah tegur dia perlahan-lahan .


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa . Muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka .


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna .


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita .


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif , misalnya menghubunginya melalui telefon , si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat , tetapi sebaik saja ganggang diletakkan , dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit , semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut .


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita . Jadi jangan senyum sebarangan !


14. Jika kamu menyukai sorang wanita , cubalah mulakan dengan persahabatan . Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam .


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar , tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu .


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu ,
teruskan usahamu untuk memikatnya .


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya . Tanya dia sendiri ! !


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta , dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal .


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis ,
cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta .


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar , benda pertama ! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya , kemudian barulah dirinya sendiri .


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya ! !


22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya .


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui .


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik .
25. Cinta bermaksud kesetiaan , ambil berat , jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi .


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati .


27. Senjata wanita adalah airmata ! !


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis) . Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati . Dengan ini , dia tak akan ragu-ragu terhadapmu .


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya . So , kalau nak memikat wanita pandai-pandailah .


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa .

0 comments: